Meninggal dunia Norashikin_Mohd_Seth

Pada 2 Julai 2010, Toh Puan Norashikin (78) meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara , Damansara Kuala Lumpur kerana sakit tua. Kemudian dibawa ke rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Jenazah dikebumikan di Makam Pahlawan bersebelahan Masjid Negara, Kuala Lumpur.[2] Allahyarham merupakan wanita kedua negara yang disemadikan di Makam Pahlawan selepas menteri wanita pertama Malaysia, bekas Menteri Kebajikan Am Tun Fatimah Hashim.

Turut hadir semasa pengkebumian ialah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.